Friday, August 17, 2018

Pengalaman Bersalin Anak ke-2

Assalamaualaikum..
Mesti ramai tertanya-tanya kenapa ina lama mendiamkan diri dari alam blogger kan?
Sebenarnya semenjak ina pregnant anak ke-2,ina alami alahan yang sangat teruk. Sampai nak pegang handphone atau mengadap laptop pun rasa nak muntah😖

Alhamdulillah 11/8/2018 ina dah selamat melahirkan puteri ke-2 di Hospital Shah Alam, secara normal😊

Lega hati rasa dapat bersalin secara normal sebab ina telah dijadualkan bersalin secara c-zer pada 27/7/18. Tapi Maha Kuasa Allah,semuanya berubah.
Kenapa ina dijadualkan bersalin secara c-zer pada mulanya? Tu nanti ina cerita dekat next entry ye😊

9/8/2018
Ina checkup dgn pakar o&g di hospital shah alam. Doktor dah buat VE sbb doc perasan perut ina kerap mengeras waktu scan. Alhamdulillah dah bukak 2cm😇
Balik terus pegi aeon jalan-jalan dan makan.
Makan dengan budak manja buat kali terakhir sebelum ina bergerak semula ke hospital pada pukul 10.30 malam sebab air ketuban dah pecah😂

Sampai hospital,lepas check semua, ina disahkan demam dengan suhu 38`c.
Kena cucuk branula masuk antibiotik. Ade la dalam 3botol masuk kat PAC ni.

10/8/2018
Dalam pukul 5.00petang, dapat masuk ward kat 8b katil no.8. Malam tu dah start rasa contraction & doc tolong bukakan jalan.sejam lepastu, jalan dah buka 4cm😊

11/8/2018
Pukul 1.00pagi dahrasa sakit sangat dan nurse tanya nak ubat tahan sakit tak? Memang ina setuju la sebab dah rasa sakit sangat sampai rasa besi katil tu nak patah dah ina pegang😭
Pukul 5pagi, ina panggil nurse cakap ina rasa nak berak and dorang terus kelangkabut tolak ina pegi LABOUR ROOM. Fuhhh..tragik betul rasa masa tu.
Sampai labour room,suhu demam masih tak turun and doc continue drip air dan antibiotik. Sampai 1 tahap ina dah rasa tak tahan sangat cakap dengan doc sy dh nak berak sangat ni,tapi bukaan baru 7cm. Ada sorang doc tu terus pecahkan lagi sikit air ketuban dan minta ina teran macam nak berak. Alhamdulillah dengan 2kali teran,tepat jam 7.37 pagi, lahir lah puteri ke -2 dalam hidup ina😊


Pada yang tertanya tentang servis hospital Shah Alam, so far ina rasa servis dia ok sangat2. Nurse & doktor pun baik sangat. Dorang semua sangat helpful, takde la sampai biar je kita sakit. Ni first time tau ina bersalin di hospital government dan ina berani bagi 4/5* untuk servis bersalin di hospital Shah Alam❤

3 comments:

  1. hai ina...ada blog lah dia..hehehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lama dh az ade blog sebenarnya..cuma tenggelam timbul..masa pregnant lagi tenggelam sbb xlarat..hihihi

      Delete
  2. hai ina...ada blog lah dia..hehehehe...

    Waoaw this is Amazing...
    Kindly check my Game
    Bike Riding

    ReplyDelete

Pengalaman Bersalin Anak ke-2

Assalamaualaikum.. Mesti ramai tertanya-tanya kenapa ina lama mendiamkan diri dari alam blogger kan? Sebenarnya semenjak ina pregnant anak...