Tuesday, February 14, 2012

pre-wedding

Sedang orang lain sibuk merancang & mencari photographer untuk perkahwinan mereka, tiba2 aku teringin berkongsi pendapat tentang nya.

Tidak salah ingin mengambil gambar untuk dijadikan kenangan, bahkan semua orang pun ingin kan nya, boleh dijadikan tatapan di hari tua sambil mengimbas kembali kenangan zaman muda :)


Selalu nya pakej gambar yang ditawarkan untuk gambar termasuk la dari bertunang sehingga ke hari persandingan.

Di hari persandingan, tiada salah nya ingin mengambil gambar macam mana pun.. maksud saya, pegang2 tangan,peluk2 ke kan..


Yang menjadi salah bila ramai pasangan sekarang yang suka membuat album gambar PRE-WEDDING. Katanya hanya untuk suka2 *suka2 tidak bermaksud kita ada lesen besar untuk buat seperti itu* Kebanyakan sekarang gambar pre-wedding mesti ade yang pegang2 tangan,baring sama2,peluk2,baring atas riba. Macam dah menikah pulak ye..ooppss, kalau betul dah bernikah,tiada la nama pre-wedding ye tak?? Sedikit perkongsian bersama :


*credit pada en. google*


Harap perkongsian ini dapat membuka mata kawan2 yek :)

Ouh lagi 1, simpanla gambar pre-wedding anda utk koleksi anda sahaja ye. Tak perlu la upload di facebook yang membuatkan semua orang boleh melihat nya sebab benda tu sekaligus membuatkan orang lain juga mendapat dosa. Kesian kat orang lain yang dapat dosa secara tak sengaja :)

*p/s : lain orang lain pendapat, ini hanya dari pandangan saya :) saya juga masih cuba memperbaiki diri untuk menjadi yang lebih baik disisi NYA*



DIA tahu apa yang terbaik untuk hambaNYa. Jangan bersedih jika DIA tidak kabulkan doa mu.

ALLAH tidak beri apa yang saya nak, tapi ALLAH beri apa yang saya perlukan. Bersyukurlah dengan segala kurniaan NYA :)

No comments:

Post a Comment

SAKIT BELAKANG `SLIP DISC'

Rawatan Alternatif Slip Disc Apa itu slip disc?  Sliip disc ni adalah sejenis penyakit dimana cakera tulang belakang kita terub...